Views


‎*Tak kacak tak mengapa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
*Tak kaya tak mengapa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.

-Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh. 

*Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
*Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.
*Ada juga yang merasakan lelaki 'berpengajian agama' itu paling baik sebagai imam.
= kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu. 

~Bisikan Jiwa Sang Matahari~

Views


morning olss!!!! pagi nie ina terase cam nak update kata2 pujangga si jantung hati ina lak..hahai!!!^_^

"wahai matahari ku...sudikah mu hidup bersama ku menyinari hidup ku setiap waktu walaupun malam mndatang sinar mu tetap memancarkan sinar cintamu d hati ini.kerna kahangatan ini mmbuat ku hidup seperti kehidupan memerlukan sinar matahari tk meneruskan hidp maka begitu jg ku memerlukan sinar cinta mu wahai matahari ku..."

"wahai insan yg selalu ku rindui ...teringin ku termimipi kehadiranmu dalam bayangan ku...teringin ku melihat keindahan wajahmu d dalam pancaindera ku..teringin ku mendgr bisikan mu ddlm hatiku....yg mbuat seselalu rasa cinta dan rindu setiap waktu utk d miliki utk ku..."

" ku merasakan kehadirann mu d dakapan ku......fikiran ku memikirkan cinta mu dlm penglihatan ku......kasih ku penerus pada kasihsayang mu mebentuk kebahagian bersama......kerna dua jiwa ingin bersatu utk saling cinta mencintai"

"berjuta bintang di langit terindah melekat d kaca pandangan yg melihat d angkasa raya namun ia tidak dpt menandingi cinta yg d selitkan pada dirimu kerna itu sebuah anugerah yg terindah yg d ciptakn dr sang pencipta"

"ku tak mampu berjalan tanpa sepasang kaki...ku tak mampu melihat tanpa sepasang mata .ku tak mampu hidup tanpa bernafas dan hati ini jg tak mampu merasakan perasaan tanpa cinta mu ...."

"tiada pertemuan mndamaikan selain bertemu dgn mu.............tiada ucapan yg merdu selain ucapan mu...............
tiada ketenangan selain pandangan mu...........
tiada yg indah selain wajah mu...........
tiada membara selain cinta mu.............
tiada kehidupan selain hidup dgn mu......
tiada lain selain mu d hati ku............"


"kehidupan ku berubah setelah kehadiran mu...kelukaan hati terubat kerna keikhlasan mu.....nafas ku halus kerna pandangan mu....bergetar jantung ku kerna ucapan mu.....fikiran ku lapang kerna senyuman mu ....."
"waktu berjaga tanpa tidur...
kenyang tanpa dahaga..
tak lelah menunggu bergerak tanpa undur..
menjadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran...
tetapi ia tak mampu mendahului diriku dan kamu..."

"Adanya malam bertandakan bulan dan bintang...
adanya siang bertandakan sinarnya matahari dan pelangi...
adanya hidup bertandakan kehidupan alam...
adanya mati bertandakan perpisahan alam...
adanya kebahagiaan bertandakan sebuah cinta..
adanya cinta tandanya hadirnya dua insan..
insan itu adalah diriku dan dirimu..."

actly byk g, tp nnt2 la update g...daaaa!!!^_^

p/s: sesiapa yg nak copy paste, dibenarkan tapi, sile letak "by" sp...jgn jd penjenayah siber..Allah itu Maha mengetahui dan Maha Melihat....


~Detik Yang Ditunggu2~

Views
Aslmkm hey guys!! :) pas update ilmu alam perkahwinan, now nak update bout my life lak...Alhamdulillah our relationship better then sblm2 nie..rse mcm nak hidup sribu tahun...walaweehhh!!!! 


boleh kate stiap 1jam ina dpt ayat2 yang mmpu mencairkan hati n jiwa nie.. Ya Allah tak sangke romantik rupenyer..hahai!!! i like!!! ;) terharu sgt rse nak frame kan je...(kalau boleh la) hihi...


antare ayat2 yang my soul bg " Terciptanya insan kerana kasih-Nya ILLAHI..terciptanya cinta kerana bersatunya dua hati..terciptanya kehidupan kerana terciptanya cinta..terciptanya kamu kerana jodoh antara kita..tercipta senyumanmu kerana kebahagiaan antara kita..tercipta cinta antara kita untuk selamanya tiada perpisahan subuah cinta" wah gitu...kelas kau nyah!!! eh, silap bkn nyah, but kelas u syg!!!! hehehehe (^__^)


wOow!! Alhamdulillah...tahun 2012 adalah tahun rezki melimpah-ruah... ade saje rezki datang bergolek2 dan berlari2 datang kat ina..mungkin ini lah masa yang ditunggu2...even dlm kesibukan mencari ilmu n mencurahkan ilmu, sempat gak ina n sweetheart kua n bli barang untuk majlis akad kami...nak tau ap yg kami dah beli??? 


tarrraaaa!!!!


sume nie sweetheart yg bayar...riban2 gak la hbs..simple kan??? ina ske yg simple...gpon nak over2 sgt bende2 nie tak bwk kemane...n ina tak bp minat ngan barang kemas(wat mase nie la) tak tau pasnie cz pantai pon boleh berubah inikan lagi manusia...kang ade gak yg kate ina nie cakap tak srupa bikin kan...yg penting majlis kami nnt berjalan ngan lancar mcm yang kami rancang...amin...:) 

Cincin untuk pengantin lelaki nga tempah..lelaki tak boleh guna emas haram hukumnye, jadi kami buat keputusan gune suasa putih....design adalah hasil kekreatifan kami sendiri n ade ukiran nama kami kat blakang cincin tu nnt...:) tak sabar nak tggu cincin tu siap...^__^

barang2 hantaran lak, tak banyak yang kami dah beli cz masing2 cerewet memilih barang, asal kua je, blek tgn kosong...huhu...even kaki dh rase mcm nak tercabut, but still nak bjln gak..
syiiookkk!!!! ^_^

cuti skolah akan muncul tak lame lagi..
kami dah plan nak kua cr barang.. asyik2 cari barang, smp kan ak tau nak cr barang ap dah...hihihihi but dlm list byk g yg kami tak beli..haila asyik leka tgk bende len je adesss...

smoga hubungan kami diberkati Allah dan mendapat restu-Nya.. amin Ya Rabb...

Cinta dan rindu ayg untuk syg sorang aje...
(Piwwwweetttt!!! jiwang siot mcm awie dlm sembilu) ^_^





Berwaspada Menjelang Raja Sehari

Views



"Berapa hantarannya?"

"Kenduri bila?"

"Honey moon di mana?"

Demikian antara persoalan yang sering timbul apabila hari pernikahan semakin hampir. Menjelang kenduri kahwin, semakin sibuk ibu bapa, keluarga serta bakal pengantin sendiri menghabiskan masa untuk memastikan persediaan sempurna dan tiada apa yang kurang.

Malah hari ini sudah menjadi perkara biasa untuk kaum keluarga dan adik-beradik memakai pakaian sedondon, sesuai dengan warna tema sesebuah majlis kenduri kahwin. Andaikata warna temanya biru, semua adik-beradik dan kaum keluarga akan berpakaian seragam biru. Khemah pun disusun rapi dan bereben biru sehinggakan door gift untuk tetamu pun mesti bertema serupa!

Namun adalah satu kesilapan bagi bakal pengantin lelaki dan wanita untuk terlalu fokus dengan persediaan fizikal di atas. Terlalu banyak tenaga, wang ringgit dan masa dicurahkan untuk persediaan kenduri, wang hantaran dan sebagainya.

Adalah lebih wajar 80 peratus daripada tenaga dan masa digunakan untuk meningkatkankemahiran mengatasi konflik yang pasti menanti anda sebaik saja bergelar suami/ isteri. Sebaik-baiknya anda yang bakal mendirikan rumahtangga melengkapkan diri untuk menghadapi realiti alam perkahwinan jangka panjang.

LARI DARI MASALAH

Ada lelaki/ wanita memikirkan, perkahwinan menyelesaikan masalah hidup. Sesetengah lelaki/ wanita menyangka, sesudah berkahwin sudah tentu akan bahagia selamanya.

Umpamanya wanita yang terasa dikongkong oleh ibu bapa, mungkin menyangka dengan berkahwin, akan menjadi bebas. Atau ada lelaki menyangka bila sudah kahwin, makanan, pakaian dan kediaman akan terurus.

Mereka kurang memahami bahawa perkahwinan adalah suatu alam istimewa dan amat mencabar di mana kemahiran tertentu amat perlu untuk mengendalikan khususnya tiga perkara : JANGKAAN & HARAPAN, KOMUNIKASI dan PENYELESAIAN KONFLIK.

Inilah antara punca banyaknya berlaku perceraian tidak kira apa juga bangsa dan agama sekalipun.

JANGKAAN & HARAPAN

Sebenarnya, perkahwinan hanya akan berpotensi untuk berjaya jika kita benar-benar berusaha ke arah itu. Jika jangkaan kita tidak realistik, inilah salah satu sebab berlakunya ketegangan serius yang mengakibatkan perceraian.

Renung dan insaf diri sendiri. Setiap kita ada banyak kelemahan dan kekuatan. Banyak yang perlu diperbaiki. Begitu juga bakal suami/ isteri. Jangan harapkan pasangan yang sempurna kerana hanya Allah sahaja yang sempurna.

Walau sesuci manapun niat kita dalam mendirikan rumah tangga, pastinya ada kekurangan di pihak kita dan suami/ isteri kita.

Apa kata kalau calon suami/ isteri ada sesuatu tabiat yang kita tidak suka umpamanya merokok atau kaki perempuan atau kaki judi? Di sinilah silapnya sesetengah wanita mengandaikan: kerana dia cintakan aku, dia akan berubah.

Kita tidak boleh mengubah diri seseorang. Kalau dia berubah kerana kita sekalipun, kemungkinan itu hanya bersifat sementara dan selang beberapa lama, tabiat itu akan diulangi. Lainlah ceritanya jika dia berubah kerana benar-benar taubat dan insaf.KOMUNIKASI & PENYELESAIAN KONFLIK

Dua isu ini berkait rapat jadi eloklah dikupas bersama di sini.

Tanya diri sendiri: Adakah aku ada kemahiran komunikasi yang baik? Umpamanya jika berselisih faham dengan kawan atau adik-beradik, tidak puas hati dengan rakan sepejabat, bagaimanakah anda menyelesaikannya?

Adakah anda pandai menyampaikan ketidakpuasan hati anda ini dengan cara yang efektif? Atau anda lebih suka memendam rasa?

Kalau marah, adakah kebiasaan anda untuk tunggu dan tunggu sampai tidak tahan sehingga ia meledak keluar? Adakah anda seorang pendengar yang baik?

Ini penting kerana dalam perkahwinan, seringkali akan timbul perselisihan pendapat. Jika anda tidak cekap berkomunikasi, lambat laun perasaan ini akan terkumpul sehingga suatu hari nanti menjadi punca pergaduhan yang besar.

Pokoknya, jika tahu anda kurang cekap berkomunikasi, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memperbaiki keadaan ini. Maknanya WAJIB anda belajar mengatasi keadaan ini.

Contoh: Sesetengah wanita kuat merajuk, suka bermasam muka dan membatu apabila marah. Sebab sudah terbiasa dari kecil berkelakuan begini, tiada sesiapa yang cuba memperbetulkannya.

Apabila sudah berkahwin, marah dengan suami, dia akan bermasam muka dan mendiamkan diri berhari-hari. Suami pula menjadi serba salah, terpinga-pinga, tidak tahu apa silapnya.

Apabila sudah sering berlaku begini, tentunya akan mencetuskan rasa kurang senang antara kedua belah pihak.

Perlu diingat, sebaik-baik perkahwinan adalah di mana suami dan isteri saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Namun tanpa kemahiran komunikasi yang efektif, sukar untuk mencapai keadaan ini.

REALITI KONFLIK

Sebenarnya konflik boleh menjadi sesuatu yang positif atau negatif, bergantung pada reaksi anda terhadap konflik tersebut. Ia positif bila anda menggunakannya sebagai suatu batu loncatan untuk lebih memahami suami/ isteri anda.

Beberapa punca konflik rumahtangga termasuk:
  • Cara kita dibesarkan berbeza antara satu sama lain. Ada wanita dididik bahawa Rasulullah S.A.W menjahit baju sendiri, buat kerja rumah. Bermakna menyumbang bukan sahaja wang ringgit, tapi masa dan tenaga. Kahwin pula dengan lelaki yang tak pernah buat kerja-kerja ini; tak pernah tengok bapanya buat kerja-kerja begini. Perkara sebegini pun boleh menimbulkan konflik juga.
  • Pengendalian wang – belajar untuk bajet.
  • Mertua (termasuk ipar duai) – beri masa untuk mereka menyesuaikan diri dengan kehadiran anda. Untuk ibu dan bapa mertua khususnya, sukar untuk 'let go' atau melepaskan anak.Seimbangkan keperluan anda dengan mertua dan keluarganya.Luangkan masa untuk mengenali lebih dekat mertua dan ipar duai tapi jangan masuk campur perkara yang tidak membabitkan anda.Ada sesetengah suami mewajibkan isteri untuk menziarahi keluarganya setiap minggu. Adakah ini wajar? Jika sudah tahu demikian, sudahkah diberitahu sebelum berkahwin?

TIPS BONUS

  • Banyak lagi syarat-syarat yang diperlukan untuk menjayakan sesebuah mahligai perkahwinan selain kasih sayang – sokongan, toleransi, kesabaran, kejujuran, hormat-menghormati, merendah diri, humour (maknanya mudah berjenaka dan jangan terlalu serius sentiasa).
  • Bayangkan bila sudah berkahwin. Bangun tidur orang pertama yang kita nampak ialah suami/ isteri. Jika ada masalah, dialah yang menjadi tempat kita mengadu. Pendek kata suami atau isteri adalah orang paling rapat dalam hidup kita. Itulah sebabnya seelok-eloknya kita persiapkan diri kita untuk menghadapi alam perkahwinan sesempurna yang boleh.
  • Perkahwinan ibarat menanam pokok. Selagi kita siram air, cukup cahaya matahari, baja, sihatlah dia. Jika diabaikan dan tersilap baja, pastinya layu dan suram tidak bermaya.
  • Berhati-hati apabila berkata-kata. Jadilah kawan yang paling istimewa untuk suami/ isteri anda. Terlalu ramai suami/ isteri yang tinggal sebumbung tetapi tidak berkongsi lebih dari itu. Cuba cari sekurang-kurangnya satu hobi atau projek yang boleh diusahakan bersama. Umpamanya kalau suka membantu anak yatim, usahakan ke arah itu. Atau minat kelas agama, mungkin boleh sama-sama aturkan satu program untuk surau berdekatan.
  • Mudah meminta maaf jika timbul ketegangan. Meskipun kita rasa bukan salah kita. Minta maaf dulu sebab seringkali kita tak nampak apa kesilapan kita (kecuali keadaan tertentu yang sudah nyata seperti suami mendera isteri).
  • Menghargai suami/ isteri. Jangan 'take for granted' perkara-perkara yang dibuat oleh pasangan anda, meskipun ia kecil.
  • Memahami lelaki dan wanita berbeza. Umpamanya lelaki, cari mentega dalam peti sejuk pun tak jumpa. Wanita pula sering sesat di jalanraya dan sukar membaca peta. Ini perkara biasa dan tak perlulah diperbesarkan!
  • Berilah masa untuk suami/ isteri masa bersendirian. Ada kala dia perlu masa untuk berehat, memikirkan masalah di luar yang tiada kena mengena dengan kita.
  • Jangan tidur dengan perasaan marah antara satu sama lain. Perlu diselesaikan segera.

-iluvislam-

p/s: semoga bermanfaat untuk semua :)


Erti Sebuah Perkahwinan

Views


Perkahwinan merupakan fitrah semulajadi yang Allah anugerahkan dalam diri setiap lelaki mahupun perempuan.

Kecenderungan berpasangan ini telah terbukti di sebalik imbauan sejarah penciptaan Hawa.

Ketika nabi Adam tinggal di Syurga, baginda melihat semua makhluk lain berpasangan sedangkan baginda keseorangan.

Lantas, Allah yang Maha Mengetahui isi hati Adam menciptakan Hawa sebagai penghibur dan teman Adam sebagaimana firman Allah yang bermaksud "Dialah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isteri agar kamu merasa senang kepadanya."

Berkahwin Kerana Ibadah

Menurut Islam, perkahwinan bukan atas tuntutan nafsu, tetapi atas tuntutan agama.

Perkahwinan bukan semata-mata untuk memuaskan shahwat tetapi untuk memenuhi kehendak misi kejadian manusia iaitu untuk beribadah kepada Allah.

Kerana itulah, setiap Muslim perlu merancang dan berusaha agar perkahwinan mereka tergolong dalam perkahwinan mithali.

Perkahwinan mithali adalah model perkahwinan cemerlang menurut acuan Islam bersandarkan ikatan kasih murni angota keluarga menuju redha Allah.

Perkahwinan mithaliah bermula dengan matlamat yang jelas lagi tersuluh.

Syariat Islam menitikberatkan perkahwinan ditegakkan sebagai satu ibadah dan mampu mendekatkan diri dengan Allah. Perkahwinan dibuat atas keinginan untuk memenuhi tuntutan syariat dan Sunnah RAsulullah S.A.W. Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabrani dan al-Baihaqi, Rasulullah S.A.W bersabda:

"Barangsiapa yang mampu untuk berkahwin tetapi tidak berkahwin maka bukanlah dia dari golonganku."

Dengan pendekatan ini, perkahwinan mithali dapat membendung masyarakat daripada penyakit-penyakit yang menular disebabkan hubungan seks yang liar dan bebas.

Perhubungan seks yang haram ini menimbulkan pelbagai kompilasi dalam masyarakat seperti lahirnya anak luar nikah, hubungan sejenis, penyakit-penyakit kelamin seperti VD dan AIDS serta menghapuskan keturunan.

Perkahwinan mithali juga perlu berpaksikan al-Quran dan Sunnah sebagai tonggak keluarga.

Prinsip ini berasaskan hakikat bahawa manusia tidak boleh melewati batas-batas kefitrahannya sebaliknya perlu mengukuhkan kedudukannya sebagai hamba Allah dan khalifah dalam sebuah keluarga khasnya dan komuniti yang lebih besar amnya.

Cinta Dan Kasih Sayang

Cinta dan kasih sayang adalah penghias utama dalam sesebuah perkahwinan mithali. Jaminan kebahagiaan dalam sebuah keluarga sebenarnya berputik daripada cinta yang mendalam di antara suami isteri berpaksikan Islam.

Cinta yang murni ini seterusnya melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah yang boleh mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka apabila telah tiada di dunia nanti.

Justeru hubungan kasih sayang di antara ibu bapa dan anak-anak perlu dijaga dan dipupuk agar setiap Baitul Muslim atau keluarga Islam dihiasi dengan kesyahduan cinta yang segar dan kasih yang mengasyikkan.

Kasih sayang juga perlu sentiasa dicari dan dibina bukannya ditunggu atau dibiarkan kerana fitrah manusia sentiasa dahagakan kasih sayang.

Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah ar-Rum:30 :

"Fitrah Tuhan yang telah diciptakan manusia ke atasnya, tiada pertukaran lagi bagi ciptaan Tuhan itu. Itulah agama yang lurus, akan tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui."

Tarbiyah Dan Pendidikan

Pendidikan adalah tema penting dalam sesebuah perkahwinan mithali.

Kecemerlangan dan kehebatan anak-anak yang menjadi tunjang dan penyeri sebuah keluarga bermula daripada pendidikan yang diberikan oleh ibubapa.

Haluan yang dipilih perlulah ditapis daripada elemen-elemen yang tidak sihat yang menjadi punca keruntuhan sebuah keluarga.

Perlu diingatkan bahawa anak-anak adalah aset yang mewarisi kepimpinan negara pada suatu hari nanti.

Pentarbiyahan dan pendidikan yang diterapkan perlu berteraskan ketauhidan kepada Allah, kecintaan kepada Rasul seterusnya menjunjung al-Quran sebagai kalam Allah yang tidak ada keraguan baginya.

Ibu dan bapa yang prihatin akan sentiasa membentengi anaknya daripada kebejatan moral dan akhlak yang tenat pada mutakhir ini seperti vandalisme, hedonisme dan materialisme yang menatijahkan keruntuhan Iman dan akhlak anak-anak mereka.

Begitu juga, pendidikan anak-anak bukan hanya terpikul di atas bahu ibu atau bapa sahaja, malah kedua-dua ibu dan bapa bertanggungjawab membentuk keluarganya ke arah keluarga mithali yang hebat dan cemerlang.

Lelaki atau bapa merupakan ketua bagi setiap keluarga. Berdasarkan firman Allah S.W.T dalam surah an-Nisa ayat 34 bermaksud:

"Kaum lelaki adalah pemimpin kepada kaum wanita. Oleh kerana itu Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan)."

Selaku pemimpin, pentadbir, penguasa dan pelindung rumah tangga suami wajib memastikan hal ehwal rumah tangga berjalan lancar. Isteri pula perlu mengembelingkan segala potensi kelembutan, ketabahan dan kepekaannya untuk mendidik anak-anak dengan cara yang terbaik.

Pendidikan anak akan menentukan keindahan dan kejayaan perkahwinan mithali untuk jangka masa yang panjang.

Kita melihat fenomena hari ini di mana anak-anak berselerak dan terbiar disebabkan perkahwinan ibu bapa yang tidak mithali.

Ibu bapa melepaskan tangan dalam perjuangan mendidik anak-anak.

Amat malang sekali sekiranya kita berbuih mulut bercakap tentang perjuangan Islam sedangkan anak-anak seperti itik yang terlepas dari kandang, terbiar dan membawa diri dalam dunia sendiri.

Sebelum berkahwin sepatutnya pasangan lelaki dan perempuan mendalami dan memfaqihkan diri tentang ilmu-ilmu selok belok rumahtangga. Paling penting kedua-dua pasangan perlu sembahyang dan taat kepada perintah Allah.

Ibu Bapa Mithali

Perkahwinan mithali bermula dari ibu dan bapa yang mithali.

Kita pasti berasa malu sekiranya pasangan suami isteri tidak mampu menjadi contoh kepada anak-anak dek kerana kejahilan tentang Islam yang disengajakan.

Kita tidak mahu ibu dan ayah hanya terkelu lidahnya apabila diminta anaknya mengajar tentang solat, doa-doa harian dan bacaan al-Quran yang betul.

Contoh terunggul perkahwinan mithali tentunya datang dari junjungan mulia Rasulullah S.A.W.

Baginda Rasulullah selaku suri teladan sepanjang zaman telah meletakkan Khadijah binti Khuwailid sebagai wanita pertama yang bertakhta di hati baginda dan berjaya menakluki hati Rasulullah dengan cinta yang tidak pernah kunjung padam.

Keindahan perkahwinan baginda terungkap dalam pergaulannya dengan Khadijah dan isteri-isteri yang lain.

Kehadiran putera dan puteri serta cucu baginda telah menyerikan lagi kehidupan keluarga Rasulullah.

Mengimpikan sebuah perkahwinan mithali, hanya tinggal mimpi jika kita tidak menyelak kembali sejarah hidup baginda sekeluarga yang amat indah itu.

Tegasnya perkahwinan mithali yang aman dan bahagia adalah impian pasangan suami isteri.

Namun bukan semua rumahtangga mampu melakar dan mengekalkan kebahgiaan.

Terdapat rumah tangga yang tergadah dengan kekusutan yang tiada jalan penyelesaian malah penceraian menjadi kemuncak pemilihan kerana kemurkaan terhadap hambanya.

Janganlah gelanggang perkahwinan hanya satu platform atau pentas untuk bersandiwara atau bercengkerama tanpa dihiasi dengan keilmuan dan amalan yang berterusan.

Perkahwinan bukan hanya satu testing ground tetapi ia adalah realiti yang perlu ditempuhi dengan kearifan, kesabaran dan kejituan Iman.

-iluvislam-


p/s: Semoga jodoh yang telah tertulis untukku adalah yang terbaik serta mampu menjadi pemimpin pada zuriat2 ku nanti serta menjadi yang terakhir dan kekal hingga ke Syurga...amin Ya Rabb... 

TaK sEmEsTiNyA KiTa bAiK

Views



*kita tulis benda2 baik, tak semestinya kita baik... 
>tapi sekurang-kurangnya kita tak tulis sesuatu tak baik kan?

*kita cakap benda baik, tak semestinya kita baik..
>tapi sekurang-kurangnya kita tak cakap perkara2 tak baik kan?

*kita buat baik, tak semestinya kita baik..
>tapi sekurang-kurangnya kita tak buat benda yang tak baik kan?

>>kita bukan lah baik sangat, tapi InsyaAllah tak salah kita menuju dan berusaha untuk menjadi baik...:)

~SeNyUm tAk PeRLu KaTa aPa2~
(^__________________^)

Love`Love`Love

Views
I love my chinta hatie ^_^